Tajuk 5 : MASA DAN WAKTU ( TAHUN 4
)
Bidang Pembelajaran : Jadual
Objektif Pembelajaran : Murid akan diajar;
Membina jadual mudah
Hasil Pembelajaran : Murid akan dapat;
Membina, membaca dan mendapatkan maklumat daripada jadual mudah
Pelajar telah tahu memahami, membaca dan menulis masa dalam
jam dan minit.
Pelajar diminta menerangkan aktiviti harian mereka secara ringkas.
FASA
|
CADANGAN AKTIVITI
|
CADANGAN KOMUNIKASI
|
Persediaan
Pemerhatian dan
Analisis:
Tinjauan berfokus /
berstruktur penyoalan
|
Guru menyediakan dan memberikan sekeping gambar kepada setiap murid.
Gambar mengambarkan aktiviti harian.
Murid dipilih secara rawak untuk menyatakan aktiviti yang ditunjukkan dalam
gambar.
Murid tersebut diminta untuk menyatakan masa mereka
melakukan aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar.
Guru meminta murid memberi respon terhadap
jawapan rakan mereka.
Guru memberi respon terhadap jawapan murid.
Soalan yang sama diulang pada murid yang lain.
Guru memberitahu kepada murid bahawa sesuatu
aktiviti perlu dijalankan pada masa yang sesuai.
|
’Ali apakah aktiviti yang dilakukan oleh budak
itu?’
’Pukul berapakah kamu melakukan aktiviti
tersebut?’
’Sesuaikah Ali melakukan aktiviti tersebut pada
masa yang dinyatakan?’
|
Imaginasi
Penjanaan Idea Sintesis Idea:
Meneroka
Merancang
Meramal
|
Guru menyediakan dan menunjukkan contoh jadual aktiviti harian seorang murid.
Murid dibimbing meneroka contoh jadual tersebut.
Murid dibimbing memberikan contoh aktiviti yang
sesuai dijalankan pada masa yang tertentu.
Guru menyoal murid apakah aktiviti yang sesuai
dilakukan oleh mereka pada waktu-waktu tertentu.
Guru memberi respon terhadap jawapan murid.
Guru meminta murid meramal kesan jika melakukan
aktiviti tidak mengikut kesesuaian masa.
Guru memberi respon.
|
’sebagai seorang pelajar, kita perlu bangun
seawal pagi. Murid juga tidak digalakkan berjaga hingga larut malam’
’Pukul berapakah kamu sepatutnya berada
disekolah?’
’Selepas waktu sekolah apakah aktiviti yang
sesuai kamu lakukan?’
’Pukul berapakah kamu mula mengulangkaji
pelajaran?’
’Apakah yang kamu lakukan untuk membantu ibubapa
di rumah?’
’Pukul berapakah kamu tidur malam?’
Apakah yang akan berlaku jika seseorang murid
melakukan aktiviti tidak mengikut kesesuaian masa.
Contoh;
’Apa akan berlaku jika kamu tidur lewat?’
|
Perkembangan
Meneroka
Mencari maklumat
Membuat Prototaip
|
Murid diagihkan kepada kumpulan mengikut aktiviti
yang terdapat dalam gambar mereka.
Murid-murid diberitahu mereka akan menjalankan
aktiviti projek iaitu membina jadual aktiviti harian.
Guru mengedarkan BBM;
Manila kad, kertas warna, surat khabar, gunting,
gam, gambar-gambar yang berkaitan dengan aktiviti harian mereka dll.
Murid diminta mencari dan mengunting gambar-gambar
yang berkaitan dengan aktiviti harian mereka.
Murid digalakkan berbincang di dalam kumpulan
masing-masing.
Guru membantu dan membimbing murid merujuk kepada
sumber-sumber lain seperti internet, majalah dll untuk mencari maklumat
tambahan.
Murid diminta menyusun gambar dan membina jadual
berdasarkan gambar tersebut.
Guru akan memberikan cadangan untuk penambahbaikan.
|
Cari kawan yang mempunyai gambar yang menunjukkan
aktiviti yang sama seperti aktiviti yang terdapat dalam gambar kamu.
’Sekarang kamu berada dalam kumpulan
masing-masing’
’Hari ini kita akan menjalankan aktiviti projek
menyediakan jadual aktiviti harian kumpulan masing-masing’
Guru menasihatkan murid agar berhati-hati semasa
menggunakan benda-benda yang tajam.
Guru memberi pandangan serta pendapat terhadap hasil
kerja yang ditunjukkan
|
Tindakan
Menganalisis maklumat
Mentaksir
Menguji Prototaip
Melapor Dokumentasi dan Merumus
|
Murid menulis waktu pada jadual yang dibina.
Murid menganalisis / menyemak semula gambar yang
disediakan sesuai mengikut masa.
Murid menyemak aktiviti yang sesuai dengan masa.
Guru meminta murid untuk membentangkan hasil kerja mereka.
Guru meminta murid untuk merujuk kembali kepada jadual yang dibina.
Mereka dikehendaki menilai masa yang bersesuaian dengan aktiviti yang
dilakukan.
Guru meminta pendapat serta kritikan akan hasil yang dibina oleh kumpulan
masing-masing.
Murid membuat penilaian ke atas hasil projek yang telah dihasilkan dari
segi kekemasan, ketelitian dan masa yang di ambil untuk menyiapkan projek
tersebut.
Guru membuat rumusan daripada hasil yang
diterima. Menampal dan mempamerkan hasil kerja murid pada sudut pameran di
belakang kelas.
|
Guru mengarahkan murid menulis waktu mengikut
turutan aktiviti yang hendak diletakkan di dalam jadual.
Secara berkumpulan murid diminta menyemak semula
masa dan aktiviti yang dijalankan adalah sepadan.
Guru memeriksa tentang kekemasan hasil kerja
murid.
Apakah pendapat rakan-rakan yang lain tentang hasil projek ini? Murid melaporkan hasil padanan masa dan aktiviti dalam jadual aktiviti. |
Pentaksiran
|
Pembentangan murid berkaitan projek jadual yang
dibina dan respon murid terhadap soalan yang diutarakan guru dan murid.
|
|
Nilai dan Sikap
|
Kerjasama. Saling bantu membantu, menganalisa dan
kebolehan berkomunikasi.
|