Khamis, 6 Disember 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 4


Tajuk                5                      : MASA DAN WAKTU ( TAHUN 4 )

Bidang Pembelajaran : Jadual

Objektif Pembelajaran            : Murid akan diajar;
                                                  Membina jadual mudah

Hasil Pembelajaran                 : Murid akan dapat;
 Membina, membaca dan mendapatkan maklumat daripada jadual mudah

 Pengetahuan sedia ada murid:

Pelajar telah tahu memahami, membaca dan menulis masa dalam jam dan minit.

 Pelan mencungkil idea:
Pelajar diminta menerangkan aktiviti harian mereka secara ringkas.
 Masa: 60 minit (2 waktu)

 

FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
 
Persediaan
Pemerhatian dan Analisis:
Tinjauan berfokus / berstruktur penyoalan
 
 
Guru menyediakan dan memberikan sekeping gambar kepada setiap murid.
 
Gambar mengambarkan aktiviti harian.
 
 
Murid dipilih secara rawak untuk  menyatakan aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar.
 
Murid tersebut diminta untuk menyatakan masa mereka melakukan aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar.
 
Guru meminta murid memberi respon terhadap jawapan rakan mereka.
 
Guru memberi respon terhadap jawapan murid.
 
 
 
Soalan yang sama diulang pada murid yang lain.
 
Guru memberitahu kepada murid bahawa sesuatu aktiviti perlu dijalankan pada masa yang sesuai.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
’Ali apakah aktiviti yang dilakukan oleh budak itu?’
 
 
’Pukul berapakah kamu melakukan aktiviti tersebut?’
 
 
 
’Sesuaikah Ali melakukan aktiviti tersebut pada masa yang dinyatakan?’
 
 
 
Imaginasi
Penjanaan Idea Sintesis Idea:
 
 
Meneroka
 
 
Merancang
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Meramal
 
 
 
 
Guru menyediakan dan menunjukkan contoh jadual aktiviti harian seorang murid.
 
Murid dibimbing meneroka contoh jadual tersebut.
 
Murid dibimbing memberikan contoh aktiviti yang sesuai dijalankan pada masa yang tertentu.
 
Guru menyoal murid apakah aktiviti yang sesuai dilakukan oleh mereka pada waktu-waktu tertentu.
 
Guru memberi respon terhadap jawapan murid.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Guru meminta murid meramal kesan jika melakukan aktiviti tidak mengikut kesesuaian masa.
 
Guru memberi respon.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
’sebagai seorang pelajar, kita perlu bangun seawal pagi. Murid juga tidak digalakkan berjaga hingga larut malam’
 
’Pukul berapakah kamu sepatutnya berada disekolah?’
 
 
’Selepas waktu sekolah apakah aktiviti yang sesuai kamu lakukan?’
 
’Pukul berapakah kamu mula mengulangkaji pelajaran?’
 
’Apakah yang kamu lakukan untuk membantu ibubapa di rumah?’
 
’Pukul berapakah kamu tidur malam?’
 
Apakah yang akan berlaku jika seseorang murid melakukan aktiviti tidak mengikut kesesuaian masa.
 
Contoh;
’Apa akan berlaku jika kamu tidur lewat?’
 
 
Perkembangan
 
Meneroka
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Mencari maklumat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Membuat Prototaip
 
 
 
Murid diagihkan kepada kumpulan mengikut aktiviti yang terdapat dalam gambar mereka.
 
 
 
 
 
 
Murid-murid diberitahu mereka akan menjalankan aktiviti projek iaitu membina jadual aktiviti harian.
 
Guru mengedarkan BBM;
Manila kad, kertas warna, surat khabar, gunting, gam, gambar-gambar yang berkaitan dengan aktiviti harian mereka dll.
 
Murid diminta mencari dan mengunting gambar-gambar yang berkaitan dengan aktiviti harian mereka.
 
Murid digalakkan berbincang di dalam kumpulan masing-masing.
 
Guru membantu dan membimbing murid merujuk kepada sumber-sumber lain seperti internet, majalah dll untuk mencari maklumat tambahan.
 
Murid diminta menyusun gambar dan membina jadual berdasarkan gambar tersebut.  
 
Guru akan memberikan cadangan untuk penambahbaikan.
 
 
 
Cari kawan yang mempunyai gambar yang menunjukkan aktiviti yang sama seperti aktiviti yang terdapat dalam gambar kamu.
 
’Sekarang kamu berada dalam kumpulan masing-masing’
 
’Hari ini kita akan menjalankan aktiviti projek menyediakan jadual aktiviti harian kumpulan masing-masing’
 
 
 
 
 
 
 
Guru menasihatkan murid agar berhati-hati semasa menggunakan benda-benda yang tajam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Guru memberi pandangan serta pendapat terhadap hasil kerja yang ditunjukkan
 
Tindakan
 
Menganalisis maklumat
 
 
 
Mentaksir
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Menguji Prototaip
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Melapor Dokumentasi dan Merumus
 
 
 
 
 
Murid menulis waktu pada jadual yang dibina.
 
 
 
Murid menganalisis / menyemak semula gambar yang disediakan sesuai mengikut masa.
 
Murid menyemak aktiviti yang sesuai dengan masa.
 
 
 
Guru meminta murid untuk membentangkan hasil kerja mereka.
 
Guru meminta murid untuk merujuk kembali kepada jadual yang dibina. Mereka dikehendaki menilai masa yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.
 
Guru meminta pendapat serta kritikan akan hasil yang dibina oleh kumpulan masing-masing.
 
Murid membuat penilaian ke atas hasil projek yang telah dihasilkan dari segi kekemasan, ketelitian dan masa yang di ambil untuk menyiapkan projek tersebut.
 
 
 
 
Guru membuat rumusan daripada hasil yang diterima. Menampal dan mempamerkan hasil kerja murid pada sudut pameran di belakang kelas.
 
 
 
Guru mengarahkan murid menulis waktu mengikut turutan aktiviti yang hendak diletakkan di dalam jadual.
 
 
 
 
 
 
Secara berkumpulan murid diminta menyemak semula masa dan aktiviti yang dijalankan adalah sepadan.
 
 
 
 
 
Guru memeriksa tentang kekemasan hasil kerja murid.
 
 
 
 Adakah kamu berpuas hati dengan hasil kerja kamu?
 

Apakah pendapat rakan-rakan yang lain tentang hasil projek ini?
 
 
 



Murid melaporkan hasil padanan masa dan aktiviti dalam jadual aktiviti.
 
Pentaksiran
 
 
Pembentangan murid berkaitan projek jadual yang dibina dan respon murid terhadap soalan yang diutarakan guru dan murid.
 
 
Nilai dan Sikap
 
 
Kerjasama. Saling bantu membantu, menganalisa dan kebolehan berkomunikasi.